Jenama terkenal antarabangsa Balenciaga tampil memperkenalkan skirt tuala sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2024.

BERITA TRENDING: Giliran Michelle Yeoh Dikecam, Kali Ini Kerana Bergelar Duta Balenciaga - “You Are Better Than...

Menerusi beberapa imej yang tular di media sosial, rekaan berkonsep budaya pop itu meraih pelbagai reaksi daripada pengguna memandangkan ia menggunakan sehelai tuala mandi

Walau ada yang katakan ia lucu, ramai juga berpendapat harga yang dijual oleh jenama itu tidak masuk akal iaitu sekitar RM4,357 sehelai.

Skirt uniseks itu dipakai pada bahagian pinggang, dilengkapi dua butang dan tali pinggang boleh laras dengan strap pada bahagian dalamnya.

Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu beige, hitam dan kelabu.

Manakala, skirt tuala mewah ini hanya boleh dicuci dengan dry cleaning.

Balenciaga sebelum ini pernah mencuri tumpuan dengan 'beg plastik sampah' dan 'beg kerepek kentang' jenama popular.

PILIHAN PEMBACA: Lepas Plastik Sampah, Balenciaga Hasilkan Beg Paket Kerepek Kentang Berharga RM8,000!

Sebelum ini skirt tuala pernah dikeluarkan oleh beberapa jenama antarabangsa antaranya Prada, Fendi, Ludovic de Saint Sernin. Manakala, Miu Miu dan Acne Studios pernah mengeluarkan produk seakan sama pada tahun 2017 dan 2015.