Laman Utama

“Balik Dari Umrah Dia Ada Kata…”- Aprena Manrose Gembira Lihat Nelydia Senrose Bertudung

Syafiqah Jalal
23/02/2022
09:04 MYT
Pelakon Aprena Manrose gembira melihat perubahan sepupunya yang juga pelakon jelita, Nelydia Senrose yang kini tampil dengan imej sopan dan berhijab.
Kata Aprena Manrose ketika pulang mengerjakan ibadah Umrah bersama-sama, Nelydia sudah mengekalkan imej berkenaan dan berharap ia istiqamah.
“Andai kata betul dia berhijab saya sokong sepenuhnya. Saya pun baru bertudung masih belajar. Saya tak mahu menghakiminya.
“Kami semua tumpang bahagia. Dia nampak comel dan sangat cantik berhijab. Moga kami sama-sama istiqamah.
“Saya tidak mempengaruhinya secara langsung, saya rasa dia ‘follow the heart’. Cuma saya nampaklah perubahannya pulang dari Umrah dia masih kekal berhijab.
“Dia ada kata kepada saya, dia harap hatinya tidak berbolak balik,” katanya kepada Gempak.
Gempak menemubual Aprena ketika menghubunginya menerusi talian telefon.
Kata Aprena yang merupakan pelakon filem Hantu Mok Joh itu, sebagai saudara dia sering menasihati antara satu sama lain.
“Sebagai saudara saya doakan yang terbaik buat dia…daripada kita menasihati orang luar baiklah dengan sesame keluarga sendiri.
“Saya bukan seorang yang mudah untuk memberi nasihat kepada orang luar dan biasanya hanya sesame keluarga.
"Pada saya kalau nak menasihati dan tak menyakiti hati apa salahnya. Moga sama-sama kita ke syurga,” beritahunya lagi.
Selepas lama menyepi daripada sebarang perkongsian hantaran status, terutama menerusi Instagram selepas pulang daripada mengerjakan umrah, pelakon jelita, Nelydia Senrose menarik perhatian apabila memuat naik foto terbaharunya bercuti ke luar negara dengan memakai tudung.
Pun begitu sehingga kini, Nelydia masih tidak mengulas lanjut mengenai imej terbaharunya.
Aprena kini muncul dalam filem Hantu Mok Joh sebagai Dek Na. Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Viral

Suami Kerja Badut, Isteri Telan Kata-Kata Mak Cik Puaka - "Syukur 13 Tahun Kahwin Dapat Pergi Umrah, Bercuti Di Jepun & Beli Rumah"

gempak
11/06/2024
05:25 MYT
Perkongsian seorang wanita mengenai kisah hidup dan pekerjaan suaminya sebagai seorang badut mendapat perhatian netizen.
Viral

Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

gempak
06/05/2024
11:40 MYT
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.