Laman Utama
"Balik Kampung Macam Raya!" - Jalan Raya Sesak, Ramai Pulang Ke Kampung Sebelum PKPB
Seperti diketahui umum, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula berkuatkuasa mulai hari ini, 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Ekoran perkara itu, masih terdapat sebilangan besar penghuni kota membuat keputusan untuk balik kampung sebelum bermula detik 12.01 malam tadi.
Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kejadian itu.
Rata-rata mereka berpendapat, pergerakan pulang meninggalkan kawasan ibu kota mampu menambahkan lagi penularan wabak COVID-19 yang kian meningkat di Malaysia.
"Balik kampung dah macam raya! Kalau dah macam tu, mana logiknya PKPB?
"Saya rasa perkara ini takkan berhenti, mula PKPB semua akan balik kampung, lepas tu merebak ke negeri-negeri lain.
"Jem orang balik kampung ke malam-malam ni, PKPB start, semua balik kampung ke apa," tulis beberapa netizen.
Terdahulu, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac 2020, ramai warga kota pulang ke kampung masing-masing sempena penutupan pelbagai perniagaan dan lokasi di kota.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa menjaga kesihatan, kerap membasuh tangan atau gunakan 'hand sanitizer' selepas menyentuh permukaan berisiko, pakai pelitup muka ketika keluar rumah dan patuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Kredit Foto: Berita Harian
Must-Watch Video