Skip to main content

Hiburan

Izara Aishah Jadi Walinong Sari, Siti Nurhaliza Ambil Masa 3 Hari Belajar Wayang Kulit

Izara Aishah Jadi Walinong Sari, Siti Nurhaliza Ambil Masa 3 Hari Belajar Wayang Kulit

Sekilas

  • Izara Aisha tampil di konsert Gema Bumantara bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika lagu Walinong Sari dipersembahkan.
  • Siti Nurhaliza memberikan peluang istimewa kepada Izara yang meminati lagu tersebut untuk menjadi Puteri Walinong Sari malam itu.
  • Siti Nurhaliza juga berkongsi pengalamannya belajar mengendalikan wayang kulit dalam masa dua hingga tiga hari sebagai persiapan persembahan.
Advertisement

Kehadiran pelakon, Izara Aishah di pentas konsert Gema Bumantara berjaya menarik perhatian penonton yang hadir sewaktu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Walinong Sari.

Menurut Siti, Izara sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk membuat persembahan bersamanya. Tambahnya, Izara juga meminati lagu Walinong Sari, sekali gus mendorongnya untuk memberikan peluang istimewa itu.

Advertisement

“Sebenarnya, Izara pernah cakap dengan saya untuk membuat persembahan bersama-sama. Jadi, apabila saya fikir-fikir, dia pun memang suka lagu Walinong Sari.

“Jadi, kita jadikan dia Puteri Walinong Sari pada malam ini. Tengoklah silat dia macam mana,” katanya kepada penonton.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kesuma itu juga meluahkan rasa teruja selepas mengendalikan wayang kulit sebelum menyampaikan lagu Walinong Sari.

Advertisement

Jelas Siti, dia hanya mengambil masa sekitar dua hingga tiga hari untuk mempelajari kemahiran tersebut di bawah bimbingan gurunya, Encik Kamarul.

“Dan sebenarnya, saya belajar untuk bermain wayang kulit ini tidak lama. Cuma dua atau tiga hari sahaja saya belajar dengan guru saya, iaitu Encik Kamarul.

“Beliau mengajar saya bagaimana untuk mengendalikan wayang kulit. Ini merupakan pengalaman baharu untuk saya.

“Sebab itu saya merasakan budaya kita sangat hebat! Ada sesuatu yang boleh kita persembahkan pada malam ini dan ia sangat luar biasa. Alhamdulillah,” tambahnya.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dipentaskan Siti selepas sembilan bulan mencipta sejarah menerusi konsert tiga dekad pembabitannya dalam industri seni, iaitu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 di lokasi sama pada 10 Januari lalu.

Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.


 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement