Penyanyi Soo Wincci selamat tiba di Malaysia tiga hari lalu dari Valencia, Sepanyol.

Soo Wincci kini berada di sebuah hotel untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Hai Malaysia. Strict dan prosedur yang pantas. Perlu sanitize untuk semua.

“Balik sekejap pun banyak test dan perkara yang perlu diselesaikan terutama ketika waktu sukar ini.

“Tapi bagaimana sukar pun, perjalanan mesti diteruskan,” katanya.

Bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entrinya sejak lima hari lalu, penyanyi itu berkongsi kisah dan proses perjalanannya untuk pulang ke Malaysia serta pengalamannya menjalani kuarantin.

Rata-rata berharap agar urusannya dipermudahakan.

Pun begitu, penyanyi Terus Teranglah itu tidak memberitahu tujuannya pulang ke Malaysia kali ini.

Wincci sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol.

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci)