Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, Aliff Aziz dikatakan tidak mempunyai lesen untuk memandu kereta.



Justeru, netizen mengorek kembali hantaran lama yang dibuat oleh Ruhainies di platform X sekitar lima tahun lalu mengenai pengalamannya makan bersuap dalam kereta jenis Ferrari.


Pada hantaran sama, netizen mempersoalkan bagaimana Ruhainies ‘downgrade’ dirinya daripada berteman dengan individu memandu Ferrari kepada individu yang tidak mempunya lesen memandu.



Sejak nama Ruhainies dipetik terlibat dengan kes khalwat bersama Aliff Aziz, banyak kisah lampau pelakon itu diungkit kembali oleh netizen.

Sebelum ini, netizen membongkar hantaran yang dibuat oleh Ruhainies di platform X menggunakan ‘N Word’.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah