Susulan mendedahkan wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mesej suaminya Fuad Rahman, penyanyi Tom mengambil tindakan memadam perkongsian itu.

Padam Perkongsian Mengenai Sarah

Ia berikutan Sarah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom yang memaparkan nombor telefonnya di perkongsian yang dimuat naik di Instagram.

Berharap Sarah tidak lagi mesej suaminya, Tom berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak sekiranya wanita itu mahu memfailkan saman terhadapnya.

“Ok la kite padam la… takut kena saman, mana nak cekau nak bagi kat awak 100,000… 300,000. Baik duit tu bayar besarkan anak? Harap awak faham kita sayang family kita.

“Hidup kita untuk family kita. Jangan awak datang musnahkan hidup kami dan anak. Terpulang la nak saman ke apa, kita tak ada hak nak halang.

“Cuma lepas ini tolong jangan DM suami saya lagi belakang-belakang. Ikutkan you boleh DM I dulu,” kongsi Tom.

Takut Disaman Sarah

Pada perkongsian yang sama, Tom juga mengakui dia berasa takut jika disaman kerana baharu sahaja mahu memulakan kehidupan.

“Takut la kena saman… serius, kita ni baru saja nak mula hidup baru,” katanya lagi.

Terdahulu, Tom mendedahkan Sarah pernah menghubungi Fuad menerusi Instagram sejak 2022 sehingga Isnin lalu.

Menerusi perkongsian paparan skrin mesej itu terlihat ada nombor telefon Sarah sehingga menyebabkan wanita itu mahu mengambil tindakan undang-undang terharap Tom.

Fuad Rahman sebelum ini tampil menjelaskan dia tidak mengenali Sarah dan memberitahu dia enggan mencampuri urusan peribadi Aliff biarpun pernah membantu penyanyi itu dari segi persembahan.

BERITA TRENDING: Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

BERITA TRENDING: Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan