Memilih untuk berdiam diri kerana mahu menggelak dari pergaduhan di media sosial dan memanjangkan isu, pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan.

Mohon Maaf Kepada Bella

Menerusi perkongsian di Instastory, Ruhainies memohon maaf kepada isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu penyanyi dan pelakon Bella Astillah atas apa yang telah berlaku.

Selain itu, Ruhainies juga meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan Bella bagi menyelesaikan masalah agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan gembira selepas ini.

“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiya or menidakkan, tetapi dengan niat saya untuk menggelak dari bergaduh di laman sosial dan memanjangkan isu ini.

“Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku. Saya ingin bertemu dengan awak juga untuk menjernihkan keadaan.

“Jadi kita boleh tutup buku dan meneruskan kehidupan serta berasa gembira semula. Saya juga mahu mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan apa yang terjadi,” kata Ruhainies.

Ajak Sarah Yasmine Jumpa

Pada perkongsian lain, Ruhainies juga menjemput kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menyertai pertemuan dia dan Bella.

“Saya mahu mengajak Sarah Yasmine juga, untuk sertai kami agar kita semua boleh menjernihkan keadaan atas semua yang sedang berlaku dan selesaikan semuanya.

“Saya sangat berharap Bella Astillah dan Sarah Yasmine mengizinkan saya untuk berpeluang bertemu dengan mereka. Sekali lagi, saya mohon maaf atas segalanya yang terjadi,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?