,
Laman Utama

Balkisyh Semundur Khan Pergi Klinik Sebab Tak Sihat, Alih-Alih Doktor Ucap Tahniah Sebab Ada Isi Dalam Perut!

Izwan Isa
19/11/2021
00:50 MYT
Siapa sangka, kepergian Balkisyh Semundur Khan ke klinik sekitar awal tahun lalu bagi mendapatkan rawatan mencetuskan berita gembira apabila doktor di klinik berkenaan mengesahkan yang dia sedang hamil.
Menurut wanita yang popular dengan watak Atul menerusi drama Mok Cun itu, dia berasa sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa tentang kehamilannya itu sewaktu diberitahu oleh doktor.
“Ketika itu, saya pergi ke klinik sebab rasa kurang sihat. Saya pula memang mempunyai asma, jadi saya ke sana bagi tujuan mendapatkan rawatan serta membuat pemeriksaan.
“Seperti biasa, doktor memberitahu status kesihatan semua… jadi ketika mahu pulang, tiba-tiba doktor ucap tahniah kerana kandungan sudah mencedah usia sebulan.
“Ketika itu, macam-macam perasaan timbul dalam diri selepas mendapat tahu yang saya hamil. Tetapi saya bersyukur dengan rezeki. Alhamdulillah, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Balkisyh yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall baru-baru ini.
Ditanya mengenai reaksi suami, Balkisyh berkata, belahan jiwanya itu merupakan insan yang paling teruja apabila mendapat tahu dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
“Selepas berumah tangga, kami menjalani hubungan suami isteri jarak jauh. Hal ini kerana, suami bertugas di Johor sementara saya pula berada di Kuala Lumpur.
“Selain suami, ahli keluarganya juga gembira dengan perkhabaran ini kerana mereka bakal sambut cucu pertama.
“Jujur, saya berasa sangat bersyukur kerana ahli keluarga suami menerima saya seadanya walaupun saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Tambahan pula, mertua pun layan kami dengan baik. Rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” tutupnya yang menjangkakan bakal bersalin pada Februari tahun depan.
Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Nazri Zakaria iaitu seorang penjawat awam pada 26 Disember 2020.
Untuk rekod, perkahwinan dengan Mohd Nazri merupakan perkahwinan kedua Balkisyh. Wanita itu mendirikan rumah tangga buat pertama kali dengan pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan memutuskan untuk berpisah pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan dengan Mohd Aizad, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya, 10, dan Muhammad Nor Qaiysh, 5.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

Nabila Razali Umum Hamil Anak Sulung, Dijangka Bersalin Januari Depan

gempak
04/10/2024
03:13 MYT
Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32 bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani,39, meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima.
Hiburan

Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

gempak
22/09/2024
01:00 MYT
Sejak seminggu lalu dunia hiburan Indonesia kecoh dengan kisah anak-beranak selebriti Nikita Mirzani dan Lolly.
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
BorakSeeni