Selepas tular hantaran foto balu arwah Abam Bocey, Hidayah Hamzah, pelbagai spekulasi tercetus dalam kalangan netizen.

Ada yang mendakwa Hidayah sudah selamat bertunang namun ada juga yang beranggapan ia sekadar content media sosialnya.

BERITA TRENDING: Hidayah Abam Dah Bertunang? Netizen Restu & Ucap Tahniah - “Awak Pun Berhak Untuk Bahagia”

Ternyata, jejaka misteri berbaju biru yang dirakamkan di pelamin bersama Hidayah itu merupakan anak saudaranya.

Hal itu terbongkar selepas Hidayah tampil menjawab komen seorang pengguna di Facebook miliknya.

Tulis individu berkenaan; "Anak saudara lebih tinggi daripada Dayah. Macam mana tu?"

Kemudian, Hidayah membalas komen terbabit dengan mengiyakan perkara itu dan sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian.

"Betul anak saudara lebih tinggi berbanding mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” balasnya.



Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Allahyarham Abam pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri seni hiburan tempatan bagaimanapun dikejutkan dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.