Skip to main content

Trend Pasaran

BamBam Puji Musang King Malaysia - “Rasanya Manis, Tak Terlalu Pahit”

astro-gempak-bambam-durian.jpg

Penyanyi asal Thailand, BamBam mendedahkan pengalaman menikmati durian di Malaysia merupakan satu pengalaman yang bermakna dan tidak boleh dilupakan.

BamBam yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop GOT7 itu menjelaskan, dia berasa teruja kerana dapat menikmati buah durian selain diberi peluang untuk membelah sebiji Musang King baru-baru ini.



Pemilik nama penuh Kunpimook Bhuwakul itu menambah, Musang King Malaysia juga disifatkan tidak terlalu pahit dan masih mempunyai rasa manis.

BamBam mengulas mengenai video menikmati durian Musang King yang dimuat naik di platform media sosial miliknya ketika dia tiba di Kuala Lumpur.

Hadir pada acara Redmi Note 13 Iconic Fan Meet yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, BamBam tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan peminat, selain memberi melayani peminat bertuah untuk bergambar bersamanya.



Selain peminat Malaysia, peminat-peminat dari Thailand, Vietnam dan Filipina turut hadir pada majlis berkenaan.

Sebelum mengundurkan diri, BamBam sempat berkongsi perkembangan terkini kariernya sebagai penyanyi.

“Terima kasih dengan kasih sayang dan sokongan yang anda berikan kepada saya. Terima kasih sebab datang berjumpa saya hari ini.

“Saya sedang siapkan material baharu untuk anda semua dan saya harap anda sabar menantikannya - ia akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement