Filem Wira yang dihasilkan pada tahun 2019 diangkat sebagai satu satunya filem Malaysia wajib tonton bulan ini bersama empat lagi naskhah antarabangsa oleh media berpengaruh The New York Times.

Kolumnis Robert Daniels, menyenaraikan lima filem yang pada pandangannya memiliki kriteria wajib tonton bulan ini dalam kolum filem.

Antara filem yang disenaraikan olehnya adalah filem Jolt, Take Back, Lost Bullet dan Time To Hunt.

Dia kemudian dilihat memilih filem arahan Adrian Teh ini untuk melengkapkan Top 5 wajib tonton bulan ini.

Kelima lima filem yang dipilih dikategorikan sebagai memiliki aksi dan thriller terbaik.

"Saya jarang memberi recommed karya double-features, tapi di antara filem Time To Hunt dengan naskhah dari Malaysia berjudul Wira akan menjadi 'hidangan' yang sempurna.

"Dengan skrip dihasilkan Anwari Ashraf, Wira mengangkat kisah Leftanan Hassan (Hairul Azreen), pulang dan menyertai pertandingan MMA bawah tanah bagi melawan samseng setempat dan melindungi keluarganya," tulis kolumnis tersebut.

Mendapat tahu Wira yang dibintangi pelakon Hairul Azreen sebagai Leftanan Hassan itu masuk dalam senarai tersebut, Adrian melahirkan rasa bangganya.

Menerusi kemas kini di Instagram rasminya, dia menulis: "The New York Times recommends Wira in its top 5 action movies today!"

"Saya berasa gembira dan bangga kepada semua tim yang bekerja menjadikan filem ini berjaya sehingga ia mendapat tempat dalam salah satu media tertua di dunia ini."

Bersama keterujaan itu, Andrian dilihat turut 'belanja' semua babak babak Wira yang dirakamkan semasa penggambaran dua tahun lalu.

"Sharing some behind the scene photos and video during the shoot in 2019," tulisnya lagi.

Sementara itu, Wira kini boleh ditonton di Netflix.