Laman Utama

“Bangun Pagi Makan, Tengahari Tidur, Bila Senja...” - Lagu Kreatif PKP Linda Nanuwil Bikin Ramai Terhibur!

gempak
Hanafis Haris
22/01/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
“Bangun Pagi Makan, Tengahari Tidur, Bila Senja...” - Lagu Kreatif PKP Linda Nanuwil Bikin Ramai Terhibur!

Penyanyi kelahiran Sabah, Linda Nanuwil mencuri tumpuan ramai apabila secara bersahaja menghasilkan lagu bertemakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Video berdurasi 2.20 minit itu dimuat naik menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

“Bangun pagi makan, tengahari tidur. Bila Senja makan lagi, makan tidur makan tidur,” demikian antara lirik tersebut.

Menurut Linda, lagu tersebut dirakam secara bersahaja ketika dia menjalani PKP.

“Saya rekod guna telefon je, sekadar hiburan di musim PKP.

“Idea ni daripada kisah benar sepanjang saya jalani PKP. Sepatutnya ada penggambaran untuk beberapa program tapi semua ditangguhkan.

“Jadi saya duduk rumah sajalah makan tidur tengok movie,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah bintang Gegar Vaganza ini, dia menasihatkan supaya seluruh rakyat Malaysia kekal tenang di rumah dan cuba melakukan aktiviti sihat bagi mengelakkan perasaan tertekan.

“Saya harap lagu yang saya cipta secara suka-suka ini dapat hiburkan mereka,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Instagramnya terhibur dengan kreativiti Linda mencipta lagu dan lirik yang sesuai dilayan ketika PKP.

Anda boleh lihat dan layan lagu tersebut di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live