Berita

Bangunan Mega Di London Ini Tersenarai Antara 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia & Ia Dimiliki Oleh Malaysia!

gempak
Gempak
11/02/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Bangunan Mega Di London Ini Tersenarai Antara 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia & Ia Dimiliki Oleh Malaysia!
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
Bekas tapak stesen jana kuasa arang batu itu juga merupakan satu-satunya lokasi di United Kingdom (UK) yang dimasukkan dalam senarai kebudayaan untuk siri terbaharu National Geographic Best of The World 2024.

BERITA TRENDING: Catat Kehadiran Paling Tinggi Dengan 81,812 Penonton, Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Raih Untung RM52…

Battersea Power Station yang terletak di kota London dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bangunan bernilai 9 bilion pound itu dibuka pada Oktober 2022 setelah dibangunkan semula menjadi destinasi bercampur dengan pelbagai pilihan restoran, kedai dan premis hiburan yang menjadi tumpuan kejiranan dan pelawat di ibu kota UK itu.
Pembangunan semula bekas stesen jana kuasa itu turut menawarkan pengalaman unik lif kaca setinggi 109 meter di cerobong asap ikonik Battersea Power Station yang dikenali Lift 109.
Sementara itu, Pengerusi Battersea Power Station Development Company, Tan Sri Jagan Sabapathy berkata, diiktiraf National Geographic dalam senarai 'Terbaik di Dunia' merupakan satu kebanggaan yang cukup bermakna bagi para pemegang saham dan semua yang telah terlibat dalam projek khas ini.
"Kami berharap dapat mengalu-alukan berjuta-juta lagi pelawat kerana menjadi harapan kami untuk memulihkan bekas stesen janakuasa ini sebagai destinasi bertaraf dunia.
"Kami mahu membawa mercu tanda ikonik ini untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan, warga London dan pelawat dari seluruh dunia," katanya dalam kenyataan media.
Sementara itu, sebagai sebahagian daripada Festival Cahaya yang sedang berlangsung sehingga 25 Februari ini, Battersea Power Station telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan The Danna Langkawi yang menawarkan percutian hebat ke pulau peranginan terkemuka untuk empat orang.
"Memandang ke hadapan, pelbagai lagi jenama termasuk premis makanan dan minuman akan dibuka di kejiranan tebing sungai ini termasuk restoran Mexico, El Pastor, So.ShellNail & Brow Bar, kelab kesihatan mewah terkini dari Third Space, LIPS Pharmacy dan LIPS Healthcare Klinik dan Pusat Diagnostik," ujar kenyataan itu lagi.
Sumber: Dagang News menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live