Skip to main content

Berita Tempatan

Banjir Di Pulau Pinang, Netizen Cipta ‘#PrayForPenang’ Tanda Simpati & Doa Untuk Rakyat Pulau Mutiara

prayforpenang.jpg
Negeri Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berlarutan lebih 15 jam sejak semalam.
 
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.
 
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter.
 
Susulan itu, puluhan jalan ditutup dan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
 
Dalam pada itu menerusi platform media sosial, Netizen melahirkan rasa simpati dan ucapan doa kepada semua penduduk Pulau Pinang yang terlibat dalam malapetaka.
 
Menerusi hashtag #PrayforPenang, netizen berharap penduduk negeri tersebut berasa dalam keadaan selamat.
  Berikut merupakan antara foto-foto banjir kilat di Pulau Pinang:


 


Foto: Viral Di Media Sosial
 
Sumber: Astro Awani
 

Advertisement

Must-Watch Video