Laman Utama

“Banyak Isu Dia Bantai”- Penonton Terhibur, Hantu Mok Joh Kekal Nombor 1 Carta

gempak
Syafiqah Jalal
20/02/2022
10:02 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Isu Dia Bantai”- Penonton Terhibur, Hantu Mok Joh Kekal Nombor 1 Carta
Meskipun sudah empat hari ditayangkan, Hantu Mok Joh masih dapat mengekalkan kedudukannya dalam carta filem Astro First sehingga ke hari ini.
Mengangkat seni tari Mak Yong, filem itu mendapat sambutan ramai apabila menerima banyak respon yang positif dan menarik.
Selain terhibur dengan komedi seram yang dipaparkan, filem penuh dialek Kelantan ini menjadi tarikan kerana isu-isu semasa yang diterapkan.
“Sedak perabis cerita Hantu Mok Joh ni!” komen salah seorang warga maya.
“Banyak isu dia bantai dalam file mini dan dalam cara menghiburkan, sangat berbaloi!” puji netizen.
“Penat lah aku gelak,” kata salah seorang warganet.
Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh) dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama.
Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, seperti Aprena Manrose, Kamarool Hj. Yusoff, Amir Raja Lawak, Hushairi Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.
Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.
Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live