Laman Utama
"Banyak Mual, Pening Kepala" - Andien Aisyah Gigih Berlakon Ketika Hamil
Pelakon Indonesia, Andien Aisyah mengakui pengalaman berlakon dalam filem Surga Di Bawah Langit ketika sedang hamil trimester pertama cukup memberi cabaran dan sukar.
Malah kongsinya, dia juga harus menjayakan watak sebagai seorang remaja yang memerlukan lebih tenaga dan emosi walaupun sedang hamil anak keduanya.
“Ini adalah filem pertama saya jadi ini adalah pembuka langkah untuk kerjaya seni saya. Bila dapat tawaran, tak fikir panjang. Terus sahaja terima walaupun perlu menjalani penggambaran ketika hamil.
“Pengalaman itu bukan mudah kerana saya masih di awal kehamilan, banyak mual dan pening kepala. Apatah lagi kalau cuaca ketika itu panas. Tetapi semangat saya melebihi semua itu. Kena kuat!
“Walaupun sedang hamil, tetapi saya beri komitmen jiwa dan emosi 100 peratus. Bila tonton filem itu, saya geleng kepala sendiri. Berlakon sebagai seorang remaja tetapi realitinya sedang hamil anak kedua,” ujarnya.
Cabaran shooting di kawasan pembuangan sampah
Filem Surga di Bawah Langit menceritakan pahit manis kehidupan tiga sahabat dari kecil yang berdepan realiti kehidupan terutama selepas masing-masing mula menginjak dewasa.
Masing-masing sudah mula mencari wang sendiri sejak kecil kerana kedaifan dan kemiskinan hidup yang membuatkan mereka terpaksa menelan segala kesusahan sendiri walaupun masih kanak-kanak.
Selain Andien, Surga Di Bawah Langit turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Acha Septriasa dan Reza Rahadian serta mendapat sentuhan sutradara, Pritagita Arianegara.
Dalam pada itu, penerbitnya, Rio Silaen berkata, cabaran utama dalam menghasilkan filem tersebut adalah lokasi penggambaran yang terpaksa dilakukan di kawasan pembuangan sampah.
“Mereka kanak-kanak yang hidup susah ketika kecil. Jadi mereka hidup di kawasan sampah. Bau adalah cabaran utama kepada semua pelakon. Tetapi mereka berjaya mengharungi,” katanya.
Must-Watch Video