Bapa kepada penyanyi Adira Suhaimi, Suhaimi Rajiman telah meninggal dunia.

Berita itu disahkan sendiri oleh kakaknya, Emma Suhaimi menerusi akaun Facebook miliknya petang semalam.

“Selamat jalan Abah.. semoga tenang di sana..

“Biarpun tidak membesar dengan Abah rasa sayang sebagai anak tu selalu ada di hati.. dalam diam tetap sayang..

“Al Fatihah buat Abah.. minta kawan-kawan sudi sedekahkan Al -Fatihah buat abah saya ‘Suhaimi’,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Emma yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 8 (AF8) itu turut berkongsi foto bersama bapanya.


Rata-rata pengikutnya telah mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.

Setakat ini, Adira menerusi laman sosialnya masih belum mengemas kini apa-apa mengenai berita tersebut.