Laman Utama

Bapa Enggan Komen Dakwaan Nikahkan Neelofa & PU Riz – “Tidak Perlu Saya Tambah Apa-Apa Lagi…”

gempak
Fiza Kamarudin
29/12/2020
01:22 MYT
Sponsor Banner
Bapa Enggan Komen Dakwaan Nikahkan Neelofa & PU Riz – “Tidak Perlu Saya Tambah Apa-Apa Lagi…”
Bapa kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan menjadi wali kepada pernikahan anaknya dan bekas peserta Pencetus Ummah, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, di Kelantan.
Mohd. Noor berkata, dia mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak termasuk media yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan tersebut.
“Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.
“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya seperti yang dilaporkan K! Online.
Terdahulu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 31 tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan sudah bernikah dengan PU Riz.
Neelofa turut memaklumkan, keluarganya kini dalam proses perbincangan dengan keluarga PU Riz mengenai status hubungan mereka.
Sumber: K! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024