Laman Utama

Bapa Jeffrey Dahmer Mungkin Saman Netflix Sebab ‘Glamorkan’ Kes Jenayah Bunuh Anaknya

gempak
Izwan Isa
24/10/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Bapa Jeffrey Dahmer Mungkin Saman Netflix Sebab ‘Glamorkan’ Kes Jenayah Bunuh Anaknya
Bapa kepada Jeffrey Dahmer, Lionel Dahmer, mempertimbangkan untuk menyaman Netflix rentetan penerbitan beberapa siri yang dibikin berdasarkan kisah hidup dan jenayah yang pernah dilakukan oleh anaknya.
Menurut penjaga Lionel, lelaki berusia 86 tahun itu menjelaskan yang dia tidak pernah dihubungi berkenaan dua siri yang ditayangkan di platform penstriman itu - Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story dan Conversations with a Killer: The Jeffrey Dahmer Tapes.
Kedua-dua siri itu telah mencetuskan tarikan baharu terhadap Jeffrey Dahmer, pembunuh bersiri yang meragut nyawa 17 kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa antara 1978 dan 1991.
Kes pembunuhan kini menjadi begitu popular, sehinggakan orang ramai berpakaian menyerupai Jeffrey untuk Halloween.
Kini menetap di Ohio, difahamkan Lionel enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sejak siri tersebut ditayangkan di Netflix. Namun, dia dilaporkan mengalami gangguan sejak ‘peminat’ anaknya sering muncul di kawasan rumahnya.
Pembantu Lionel, yang hanya mahu dikenali sebagai Jeb, memberitahu The Sun yang dia telah memutuskan untuk memiliki senjata api untuk perlindungan memandangkan ‘kegilaan’ yang datang secara tiba-tiba itu.
"Dari semua yang saya lihat dan saksikan secara peribadi, Lionel tidak dihubungi mengenai dua rancangan yang disiarkan di Netflix.
"Saya telah berjumpa dengan beberapa peguam dan bercakap dengan penerbit siri ini juga memandangkan kejadian ‘huru-hara’ yang berlaku selain cerita yang kami lihat.
"Lionel dan Surat Kuasa Wakil sedang mengumpul maklumat dan melihat kemungkinan tuntutan mahkamah terhadap pasukan produksi atau kemungkinan Netflix.
Dalam pada itu, Jeb turut memberitahu The Sun yang dia tidak menonton dua siri Netflix itu secara penuh kerana menganggap watak Lionel tidak diangkat dengan adil.
“Lionel merupakan seorang ayah yang sangat penyayang. Dia cuba buat sedaya yang mungkin pada masa yang penuh dengan ketidakpastian.
“Dia berpendapat bahawa semua ini tidak sepatutnya dibuat, semua maklumat yang perlu diketahui umum ada di dalam bukunya. Segala-galanya hanya glamor dan memberikan perhatian kepada butiran yang tidak terbukti fakta.
Terdahulu, Lionel menerbitkan memoir berjudul A Father’s Story mengenai Jeffrey Dahmer pada 1994, beberapa bulan sebelum Dahmer dipukul hingga mati di penjara oleh rakan banduan, Christopher Scarver.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live