Laman Utama

Bapa Mertua Nourul Depp Ambil Vaksin Covid-19 Di Perancis, Tapi Ibu Mertua Tangguh Sebulan Lagi….

gempak
Syafiqah Jalal
27/01/2021
07:36 MYT
Sponsor Banner
Bapa Mertua Nourul Depp Ambil Vaksin Covid-19 Di Perancis, Tapi Ibu Mertua Tangguh Sebulan Lagi….
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan bapa mertuanya, yang kini yang berada di Perancis sudah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama.
Nourul bersyukur keadaaan bapa mertuanya berada dalam baik, namun ibu mertuanya pula menangguh pengambilan vaksin tersebut.
“Rindu Papy (bapa mertua). Papy dah ambi suntikan vaksin Covid-19 di perancis. Alhamdulillah nampaknya semua okay.
“Papy ambik dulu. Mamy belum lagi. Dia macam saya. Nak tunggu dulu sebulan ahahhaha
“Semoga keduanya terus sihat,” katanya.
Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama bapa mertua ketika berada di Perancis pada tahun 2019.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 43, berkahwin kali kedua bersama jejaka berasal dari negara tersebut, Eric Depp pada 6 Jun 2012.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary, Raphael dan Isabella.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live