Bapa kepada pelakon Sheera Iskandar, Tengku Iskandar Putra disahkan meninggal dunia hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sheera menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Ayahanda Sheera telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT,” tulisnya.

Menerusi entri berkenaan pelakon Gerak Khas itu memuat naik foto yang dipercayai tangannya bersama bapanya.

Berita itu turut mendapat perhatian pengikut serta rakan artis yang ikut sama berduka dan mengucapkan takziah.

Antaranya seperti Raja Ilya, Mustaqim Bahadon, Farahdhiya, Azhan Rani, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Terdahulu, Sheera ada memaklumkan bahawa bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Sheera bagaimanapun tidak berkongsi tentang penyakit yang dialami bapanya itu.

A post shared by Tengku Sheera Tengku Iskandar (@sheeraiskandar)