Skip to main content

Selebriti

Kmy Kmo Akui Hati Rapuh Ketika Mandikan Jenazah Ayah Sendiri - “Badan Yang Pernah Mendukung, Memegang, Memeluk Kita…”

Kmy Kmo Akui Hati Rapuh Ketika Mandikan Jenazah Ayah Sendiri - “Badan Yang Pernah Mendukung, Memegang, Memeluk Kita…”

Sekilas

  • Kmy Kmo berkongsi pengalaman menyentuh hati memandikan jenazah bapanya yang meninggalkan kesan mendalam dari segi emosi dan jiwa.
  • Kmy menegaskan hanya mereka yang pernah melalui pengalaman sama dapat faham betapa rapuhnya perasaan ketika mengurus jenazah insan tersayang.
  • Sebelum meninggal dunia, bapanya mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk serangan jantung dan telah menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun.
Advertisement

Penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo membuat nukilan menyentuh hati tentang momen memandikan jenazah bapanya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Kmy Kmo mengakui pengalaman tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, malah meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi dan jiwanya.

Advertisement

Menurut Kmy, hanya mereka yang pernah melalui pengalaman sama memahami betapa rapuhnya perasaan apabila diberi peluang terakhir untuk menguruskan jenazah insan yang selama ini membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka.

“Yang pernah mandikan jenazah ayahnya sendiri sahaja faham, betapa rapuhnya hati dan jiwa bila sampai saat diberi peluang terakhir oleh Allah.

“Untuk kita memandikan dan memegang setiap anggota badan yang pernah mendukung, memegang, memeluk kita dari kita masih merangkak menyusu,hingga kita berikan mereka cucu.

Advertisement

“Bila segala doa dari mereka dimakbulkan, ketika itulah Ayah sudahpun berserah dan bersedia atas segala ketentuan Ilahi, kerana segala apa yang diminta oleh beliau sudahpun mengubati hatinya,” coretnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan perasaan sama.

Terdahulu, pada 17 Oktober lalu, Kmy berkongsi bapanya berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat serangan jantung serius dan komplikasi kesihatan lain.

Menurutnya, bapanya yang sudah menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun mengalami penurunan fungsi jantung yang semakin merosot dari hari ke hari.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement