Bapa kepada penyanyi, Ziana Zain iaitu Zain@Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.32 petang tadi.
Menurut sumber terdekat, Allahyarham Zin, 87, meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Advertisement
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.
Gempak cuba menghubungi keluarga arwah untuk mendapatkan maklumat terperinci, namun belum menerima sebarang maklum balas.

Zain yang juga pesara polis adalah orang penting dalam kerjaya seni adik bearik penyanyi, Ziana dan Anuar Zain.
Arwah juga pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform.
Berita lanjut menyusul.