,
Laman Utama

“Bara Api Bawah Kain…”- Bomba Sisat Unsur Sabotaj Wisma Jakel Terbakar Kali Kedua

Gempak
03/01/2023
09:22 MYT
Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api menjadi antara fokus utama siasatan bomba Selangor susulan kebakaran terbaru di bilik simpanan kain langsir Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bagaimanapun siasatan pihaknya akan memberi tumpuan kepada semua aspek dan dikaji secara mendalam agar maklumat menyeluruh dapat diperoleh.
"(Punca bara di bawah kain), itu kami masih siasat dan mengambil aspek yang perlu kami analisa. Mungkin bara-bara yang tertinggal atau ada sesiapa yang naik melakukan pembakaran.
"Aspek-aspek lain juga akan dilihat dan dikaji secara mendalam. Setakat ini belum ada lagi satu kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kebakaran kedua ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian kebakaran di Wisma Jakel, hari ini.
Norazam berkata pihaknya memerlukan tempoh 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisis awal termasuk mendapatkan saksi kejadian itu.
Jelas Norazam pihaknya hari ini turut menggerakkan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu dua ekor anjing jantan dari baka English Springer Spaniel bernama Woody dan Rocco untuk mengesan apa-apa bahan yang boleh mencetuskan kebakaran.
"Sampel dan sebagainya kami akan hantar ke makmal penyiasatan kami di Bukit Jelutong untuk dianalisa. Selain itu, aspek pendawaian dan peralatan elektrik yang digunakan oleh bangunan Wisma Jakel juga akan turut dianalisa," katanya.
Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya hari ini mula membuka Pusat Kawalan Hadapan (PKH) dengan menempatkan lebih 10 anggota sebagai langkah pemantauan dan berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran berulang.
"Kebakaran setakat ini sudah dipadamkan sepenuhnya namun langkah pemantauan menyeluruh masih diteruskan," katanya.
Di samping itu, beliau turut memaklumkan orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan lokasi kejadian kecuali dengan pengawasan dan diiringi pihak berkuasa.
"Bomba dengan dibantu pekerja Jakel akan menjalankan kerja-kerja pemunggahan semua barangan terutama fabrik yang terselamat daripada premis Wisma Jakel mulai hari ini," katanya.
Wisma Jakel di Seksyen 7 hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi selepas pihaknya menerima panggilan pada 12.40 tengah malam dan kebakaran itu berjaya dipadam keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi.
Sebelum ini, gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan berjaya dipadamkan.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

gempak
06/10/2024
00:55 MYT
Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Berita

Lelaki Rentung,Tujuh Terselamat Dalam Kebakaran Rumah

gempak
25/09/2024
06:25 MYT
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi ahli keluarganya terselamat dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Muhibbah 2 dekat Sitiawan di sini awal pagi pada Rabu.
Viral

Individu Kongsi Keadaan Rumah Rakan Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup! - “Sentiasalah Periksa ...”

gempak
22/09/2024
03:25 MYT
Sepotong video kejadian sebuah rumah yang terbakar akibat powerbank meletup tular di aplikasi X.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Unitar