Berita
Barangan Koleksi Saleem Dijual, Peminat Harap Keluarga Simpan Sebagai Kenangan
Peminat penyanyi lagenda Saleem mengakui terkejut apabila barangan koleksi arwah dijual melalui akaun media sosial Instagram (IG), miliknya.
Menerusi entri tersebut beberapa barangan peribadi arwah ingin dijual kepada orang ramai yang mahu memilikinya terutama untuk pengikut setia arwah Saleem.
"Asssalammualaikum, siapa nak koleksi arwah Saleem yang hanya minat sahaja boleh Direct Message (Dm) saya," tulis entri tersebut.
Rata-rata mengakui terkejut dengan tindakan individu tersebut yang ingin menjual barangan peribadi arwah dan berharap agar keluarga dapat menyimpannya sebagai koleksi kenang-kenangan.
Saleem menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika dalam keadaan koma pada pukul 6.15 pagi 14 Oktober 2018.
Penyanyi yang berasal dari Setiu, Terengganu ini menerima rawatan di PPUKM ekoran terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.
Must-Watch Video