Suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi kegembiraan menerima kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menurut Raf, dia sangat tersentuh dengan usaha Mawar meraikan hari istimewanya kerana isterinya itu masih lagi dalam tempoh berpantang.

Perkara itu dikongsi Raf menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.

"Saya tak meminta hadiah dan sebagainya, dan saya tak harapkan sambutan hari lahir memandangkan awak masih berpantang.

"Tapi, bila awak uruskan semua ini, saya sangat terharu. Terima kasih Anje untuk merancang dan menguruskan semua ini.

"Rasa dihargai sangat! dan terima kasih banyak-banyak untuk hadiah! Love you my lady @mawarrashid," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam perkongsian Raf sebelum itu, dia ada menunjukkan hadiah diberi Mawar yang berupa beg berjenama Louis Vuitton.

Rata-rata netizen tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Raf di ruangan komen.

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob)


Terdahulu, pada 3 Januari 2020, Gempak melaporkan Mawar telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Raden Seri Rossabella Cinta sehari sebelumnya.

Mawar dan Raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.