Skip to main content

Filem

Baru 5 Hari Tayang, Misteri Dilaila Sudah Kutip RM4 Juta

misteri-4-juta-header.jpg
Filem Misteri Dilaila mendapat kutipan RM4 juta sejak ditayangkan pada Khamis lalu.

Pelakon utamanya, Zul Ariffin turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan kutipan awal filem itu.

"Alhamdulillah... Hasil sokongan anda semua, Misteri Dilaila telah meraih kutipan RM4juta dalam tempoh 5 hari tayangan! Terima kasih semua!" tulisnya menerusi akaun Instagramnya.
 

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini buat pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan apabila menampilkan dua pengakhiran berbeza dalam satu filem.

Misteri Dilaila dibarisi pelakon hebat antaranya Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. 

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. 

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

Advertisement

Must-Watch Video