Laman Utama

Baru Bercerai Tapi Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam Cepat Move On - “Laju Bro Cari Pengganti..”

gempak
Azwa Rahman
11/03/2022
01:44 MYT
Sponsor Banner
Baru Bercerai Tapi Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam Cepat Move On - “Laju Bro Cari Pengganti..”
Tindakan penyampai radio Fizi Ali yang dikatakan ‘mengayat’ seorang wanita menerima kecaman wargamaya memandangkan dia baru sahaja bercerai Disember lalu.
Menerusi platfrom TikTok, Fizi dilihat meninggalkan komen di sebuah video seorang wanita yang dikenali sebagai Shahida.
Wanita tersebut membuat video dengan menyatakan harapan bapanya meminta dia dia bekerja, mencari duit sendiri dan jangan terburu-buru untuk berkahwin selepas tamat belajar.
Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, kemudian meninggal komen seperti kecewa wanita tersebut tidak mahu mencari teman lelaki kerana berjanji mahu bekerja terlebih dahulu.
Tidak hanya itu, wanita tersebut juga dilihat menjawab komen Fizi itu dengan sebuah video balas dengan memaparkan foto mereka bersama.
“Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju. Ayah saya kata okay,” tulisnya pada video tersebut.
Mendapat respon yang positif, Fizi kemudian kelihatan gembira dengan jawapan yang diberi wanita tersebut.
“Omg, ayah kata okay. Tuan badan macam mana?” tanya Fizi pada wanita tersebut.
@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke ? #fyp #foryou #ditaja #esekeli ♬ 1000tahun lamanya by tulus - finn emosi
Menjengah ke ruangan komen, ia dibanjiri dengan kecaman wargamaya yang rata-ratanya kecewa melihat tindakan Fizi seolah-olah seperti pantas mencari pengganti.
Namun, tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan terhadap Fizi jika benar dia sedang mencari seorang bakal isteri.
@6zann3yra_2:baru berapa bulan dah jumpa yang baru, cepat nya laki move on.”
@X_scha:Cepat atau lambat dapat penganti biar la dieorang. Kita siapa menidakkan jodoh orang. Semua Ketentuan allah. Masing-masing bawa haluan dah.”
@nrlfthhazhr_:Dahla anak dia tengah positif haih taktau la nyahhhhhhh.”
@Emi Afiza:Laju bro cari pengganti.. Yang si wanita pun.”
@Hnmisa:Awal eh Fizi move on. senang betul lelaki ni.”
@nraliahmaisarah:kita ni siapa jela nak menentukan jodoh sesiapa.”
@Lia :Kalau betul tahniah, kalau untuk marketing tudung. Awak mengundang manusia untuk bekata- kata.. cerai itu pasti, penganti itu ada. Jadi..”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar info, Fizi berkahwin dengan Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia, 2 tahun.
Disember tahun lalu, pasangan tersebut mengesahkan hubungan mereka telah berakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024