gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syasya Rizal Kongsi Momen Pertama Kali Travel Sebagai Hijabi - “Rasanya Memang Lain, Buat Saya Sedar Yang…
HIBURAN
From Saga With Love Diiktiraf Antarabangsa, Lonjak Pelancongan Malaysia Ke Jepun
HIBURAN
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Baru Diumum, Tiket Konsert Slam X Exists-Our Journey Laris Macam ‘Pisang Goreng Panas’

Maliah Surip
Maliah Surip
25/03/2025
17:55 MYT
Sponsor Banner
Baru Diumum, Tiket Konsert Slam X Exists-Our Journey Laris Macam ‘Pisang Goreng Panas’
Peminat dua kumpulan legenda tanah air, Slam dan Exists tidak melepaskan peluang membeli tiket apabila mengetahui kugiran kegemaran mereka akan mengadakan Konsert Slam X Exists - Our Journey pada 26 Julai 2025 depan.
Malah kategori tiket PS4 Langkah Seiringan telah habis dijual manakala tiket PS3 terjual dengan laju dan hampir sold out hanya dalam tempoh kurang seminggu selepas pengumuman konsert dilakukan.
Dibawakan penganjur bersama SS Karya Venture dan Republic Mokhmah Records, penganjuran Slam X Exists - Our Journey disifatkan bukan sekadar penganjuran konsert biasa.
“Judul Slam X Exists adalah sangat signifikan dengan penganjuran daripada Republic Mokhmah Records dan SS Karya Venture kerana apa yang kami ketengahkan menerusi konsert ini adalah perjalanan panjang Slam dan Exists dalam karier seni mereka.“
“Slam dan Exists bukan sekadar kumpulan muzik tetapi menjadi jenama kukuh dalam industri hiburan Nusantara menerusi karya-karya mereka yang bermutu.
“Maka setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan bersama Slam dan Exists kerana mereka tidak mahu memberi konsert yang sama tanpa konsep yang jelas, akhirnya kami mencapai kata putus bahawa ‘bercerita’ tentang perjalanan panjang mereka menerusi ‘Slam X Exists-Our Journey’,” ujar Shah Nizam Abdul Halim, pengasas SS Karya Venture.
Bakal dianjurkan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025, ‘Slam X Exists- Our Journey’ adalah sebuah ‘penceritaan’ tentang perjuangan mereka.
Slam dan Exists sendiri mempunyai ‘pertalian’ sejak awal penubuhan — Slam dibentuk oleh salah seorang anggota Exists, Shah yang akhirnya menuai sukses bersama anggota yang lain termasuk Lili, Man, Zamani dan Eddie.
Sementara Exists lebih dua dekad bermuzik dengan beberapa anggota bersilih ganti termasuk vokalis ; daripada Mamat, Ezad, dan kini Ezad sebagai tulang belakang kumpulan yang berasal daripada Johor Bahru ini iaitu Ajai, Ujang, Along dan Musa.
“Besar harapan kami ‘Slam X Exists-Our Journey’akan menjadi satu momen buat peminat melihat perjuangan kami, menikmati karya kami dan menghargai bukan hanya satu kumpulan atau seorang pemuzik tetapi juga sentiasa menyokong pemuzik dengan sihat.
“Sebab muzik bukan tentang perjuangan seorang tetapi melalui muzik dengan pelbagai latar belakang tetap bertujuan menyatukan kita semua,” ujar Shah Slam.
Beberapa kategori tiket masih boleh didapati menerusi www.ilassoTicket.com/slamexists.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement