Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Nasihat Netizen Malaysia Jangan Layan Provokasi Pelakon Negara Jiran - “Level Kita Bukan Macam Ni”

Kamal Adli Nasihat Netizen Malaysia Jangan Layan Provokasi Pelakon Negara Jiran - “Level Kita Bukan Macam Ni”

Sekilas

  • Kamal Adli mengkritik kenyataan pelakon Indonesia yang dianggap boleh memburukkan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia berikutan isu boikot jenama dari negara itu.
  • Kamal menegaskan tindakan pelakon tersebut tidak profesional dan menyeru rakyat Malaysia supaya tidak melanjutkan perbalahan di media sosial.
  • Pelakon Indonesia, Boy Hamzah, sebelum ini membuat kenyataan yang mencetuskan kontroversi termasuk membandingkan populasi dan sejarah Malaysia-Indonesia.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Kamal Adli memberikan pandangannya berhubung tindakan seorang pelakon Indonesia yang mengeluarkan kenyataan mengenai gerakan rakyat Malaysia terhadap sebuah jenama dari negara itu

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, kenyataan yang dinuat boleh mempengaruhi orang ramai dan menyebabkan ketegangan antara kedua-dua negara semakin berlarutan seterusnya memburukkan lagi keadaan.

Advertisement

“Saya rasa tak eloklah benda ini. Sebab dia boleh mempengaruhi orang lain. Apa dia cakap tu orang dengar dan benda tu akan bertambah buruk.

“Pada asalnya hanya fasal sukan bola sepak  sahaja. Bila sudah habis, habislah. Tak payahlah kita nak bawa lagi benda tu,” katanya kepada Gempak.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan Anugerah Melodi Terhangat 2026 bertempat di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Kamal turut menyifatkan tindakan pelakon berkenaan sebagai tidak profesional kerana seolah-olah sengaja mencetuskan provokasi dalam isu yang sedang hangat diperkatakan.

“Saya rasa dia tak profesional. Saya tahu dia nak macam ‘koyaklah’ sebenarnya. Tapi kita tak payah nak ‘koyak,’ dan tak perlu balas. Kita cuma fokus jaga anak-anak dan keluarga daripada pentingkan isu-isu lain.

“Saya tak kenal siapa dia tetapi kalau tengok dari Malaysia mana ada artis atau selebriti yang beria kutuk negara orang. Tak ada pun.

“Tak perlu campur hal-hal begini. Pada mulanya cuma fasal bola dan kemudian fasal sebuah jenama. Tak payahlah sampai nak merendahkan negara-negara orang,” tambahnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi memanjangkan isu berkenaan menerusi komen atau hantaran di media sosial.

Katanya, pendirian rakyat Malaysia sudah pun disuarakan dan tidak perlu ada tindakan susulan yang boleh mencetuskan pertelingkahan melibatkan kedua-dua negara.

“Untuk kita sebagai rakyat Malaysia, kita sudah suarakan apa yang sepatutnya. Jadi saya rasa kita patut hentikan.

“Biar mereka dengan bayang-bayang mereka. Cukuplah. Level kita bukan macam ini.

“Kita tak perlu sampai menghina pemimpin atau rakyat mereka. Kita pun ada berkawan dengan rakyat mereka di sini dan ada yang berkerja bersama-sama.

“Netizen kita, cukuplah tak payah layan baik fokus dekat isu jerebu yang makin teruk ni.

Terdahulu, pelakon Indonesia, Boy Hamzah mengulas tindakan rakyat Malaysia memboikot sebuah jenama produk dari negaranya menerusi satu perkongsian video yang dibuat.

Dalam video berkenaan, Boy turut membandingkan jumlah penduduk Indonesia yang jauh lebih ramai berbanding Malaysia sebelum mendakwa tindakan boikot itu tidak akan memberi kesan besar kepada jenama terbabit.

Lebih mencetuskan perdebatan, aktor itu turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement