Skip to main content

Hiburan

"Enam Tahun Mama Menangis" - Ibu Syed Saddiq Luah Rasa Syukur Bella Jadi Menantu, Doakan Bahagia Hingga Ke Syurga

"Enam Tahun Mama Menangis" - Ibu Syed Saddiq Luah Rasa Syukur Bella Jadi Menantu, Doakan Bahagia Hingga Ke Syurga

Sekilas

  • Sharifah Mahani, ibu kepada Syed Saddiq, meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila anaknya sah bergelar suami kepada Bella Astillah.
  • Beliau berkongsi pengalaman enam tahun penuh air mata sebelum menyaksikan detik bermakna perkahwinan anaknya itu.
  • Sharifah Mahani menasihati pasangan itu agar memahami tanggungjawab berat dalam kehidupan berumah tangga yang perlu digalas dengan ikhlas dan kasih sayang.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya sah bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

"Nikmat besar yang dikurniakan Allah SWT, sekali gus membuatkan dirinya berasa bahagia melihat anaknya kini memulakan kehidupan baharu sebagai suami isteri.

Advertisement

“Alhamdulillah, Allah Taala memberi mama salah satu nikmat di dunia ini dengan memberi menantu iaitu Bella dalam penghidupan mama bersama dengan Saddiq.

“Sebagai seorang ibu, mama berasa bersyukur dengan nikmat yang diberi dan mari kita sama-sama mendoakan untuk Saddiq dan Bella agar memperoleh kejayaan dan kebahagiaan sampai ke syurga,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sharifah Mahani tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat Syed Saddiq dan Bella akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Advertisement

Mengakui dirinya kini lebih banyak tersenyum, Sharifah Mahani mendedahkan dia melalui tempoh enam tahun yang menyaksikannya banyak menitiskan air mata sebelum tiba ke saat penuh bermakna itu.

“Memang mama tersenyum banyak sebab sebelum ini enam tahun mama menangis.

“Jadi, mama rasa ini salah satu nikmat yang Allah Taala beri bukan sahaja kepada mama, bukan sahaja pada keluarga mama, tapi kepada rakyat Malaysia yang menyayangi Saddiq dan Bella. Terima kasih kepada semua sekali,” ujarnya.

Pada masa sama, Sharifah Mahani turut menitipkan pesanan buat Syed Saddiq dan Bella agar memahami bahawa kehidupan berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia hadir bersama tanggungjawab yang perlu digalas sepanjang hayat.

“Untuk Saddiq dan Bella, alam perkahwinan ini tak mudah, sayang. Macam mama cakap sebelum ini, sesuatu majlis bila dibuat ia akan habis, ia akan tamat, tapi tanggungjawab sebagai suami, ayah adalah tidak mudah kerana ia akan berpanjangan.

“Kalau kita buat dengan ikhlas, memberi kasih sayang, melaksanakan tanggungjawab, insya-Allah di hujung jalan kita jumpa kenikmatan. Saddiq, Bella, berbahagialah kamu,” katanya menamatkan perbualan bersama Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement