Akhirnya drama bersiri premium yang dinanti-nantikan, KUASA bakal ditayangkan untuk episod pertamanya hari ini, 11 April.

KUASA yang membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar itu akan ditayangkan pada jam 9, malam ini di saluran Astro Citra.

Apa yang pasti pada episod pertama drama Astro Originals ini sahaja, penonton boleh melihat bagaimana setiap pelakon mula menonjolkan karekter masing-masing yang dilihat memberi warna dalam drama ini.

Pada episod ini Tan Sri Dhameer iaitu watak yang dibawakan oleh Ridzuan Hashim sebagai pemilik syarikat produksi filem terbesar, Wira Entertainment, mengumumkan yang dia akan mengundur diri sebagai pengerusi syarikat atas sebab masalah kesihatannya.

Keputusan mengejut itu dibuat tanpa pengetahuan keluarganya malah sebabnya juga telah dirahsiakan daripada pengetahuan semua.

Setelah mendengar pengumuman pengunduran diri bapanya, anak-anaknya mula merancang cara-cara untuk merebut jawatan Pengerusi itu.

Di sini, penonton boleh lihat reaksi dan tindakan setiap ahli keluarganya terutama tiga orang anaknya iaitu Darius, Delilah dan Dharma.

Bayangkan, Darius yang sedang bercuti dengan isteri barunya, Emma pulang ke KL untuk membuktikan kepada ayahnya yang dia layak untuk jawatan pengerusi.

Sementara Delilah pula tiba-tiba ingin menerbitkan filem berbajet terbesar di Malaysia, dan Puan Sri Lily mengarah Dharma untuk pulang dari New York untuk menggalas jawatan Pengerusi Wira Entertainment.

Persoalannya, siapakah yang akan menggantikan Tan Sri Dhammer? Adakah anak sulungnya iaitu penerbit tersohor, Darius, anak yang handal dalam selok belok perniagaan, Delilah, ataupun Dharma yang merupakan anak kesayangan isterinya, Puan Sri Lily.

Namun belum sempat keputusan menggantikan bapanya dibuat, pelbagai perkaraberlaku terutama kepada Darius yang dilihat tersilap langkah dan membuatkan bapanya ‘naik hantu’. Apakah yang Darius sudah buat sehingga bapanya seolah-olah mahu menyingkirnya?

Persoalan yang utama, siapakah yang akan mengambil alih legasi bapanya? Darius, Delilah atau Dharma?
Saksikan KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.