Pelakon terkenal Jepun, Yuko Takeuchi ditemui mati di kediamannya pada Ahad (27 September).

Takeuchi ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya iaitu aktor Taiki Nakabayashi di dalam bilik tidur rumah mereka yang terletak di Shibuya Ward, Tokyo kira-kira jam 2 pagi.

Menurut laporan The Japan Times, pihak polis Tokyo telah memulakan siasatan dan mengesyaki punca kematian pelakon berusia 40 tahun adalah disebabkan membunuh diri.

Bagaimanapun tiada nota bunuh diri dijumpai dan Takeuchi disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Lebih menyedihkan, Takeuchi baru sahaja melahirkan anak pada Januari lalu selepas berkahwin semula bersama Nakabayashi pada Februari 2019.

・ #スキャンダル専門弁護士 マネ:プライド以来のスケートですね 竹:うん、大丈夫(多分) いけるよいってくるわ マネ:…腰引けてるけど? (氷見がスケート出来るか否か 真相は第三話にて)

A post shared by 竹内結子 (@yuko_takeuchi0401) on


Menurut laporan media Korea, SBS, pasangan itu kelihatan bahagia sewaktu bersiar-siar bersama anak mereka sekitar Jun lalu.

Terdahulu, Takeuchi terkenal dengan lakonannya sebagai Sherlock Holmes menerusi drama HBO dan Hulu Japan berjudul Miss Sherlock pada tahun 2018. Drama itu merupakan adaptasi dari kisah Sherlock Holmes klasik Arthur Conan Doyle.

・ #我が家のキッチンに #イモトアヤコが #キターーーーーーッ❣️

A post shared by 竹内結子 (@yuko_takeuchi0401) on


Antara drama lain yang dibintangi mendiang adalah Asuka (1999) dan siri hit Pride (2004) bersama aktor terkenal Takuya Kimura.

Takeuchi juga pernah menggondol anugerah pelakon terbaik tiga kali berturut-turut menerusi Japanese Academy Award pada tahun 2004 hingga 2007.

Sumber: Nikkei Asian, CNA Lifestyle , The Straits Times

Kredit foto: Instagram @yuko_takeuchi0401