Laman Utama

Baru Tiga Hari Berkahwin, Bapa Mertua Noryn Aziz Meninggal Dunia

gempak
Asraf Aided
16/10/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
Baru Tiga Hari Berkahwin, Bapa Mertua Noryn Aziz Meninggal Dunia
Penyanyi Noryn Aziz memaklumkan berita dukacita mengenai pemergian bapa mertuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail.
Perkara itu dikongsi Noryn menerusi ruangan Instagram Story miliknya sebentar tadi.
Pada masa yang sama, Noryn juga memohon sesiapa yang mengenali Allahyarham untuk mendoakan serta memaafkan segala kesilapannya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun, bapa mertua kesayangan saya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail telah kembali kepada Sang Pencipta.
"Kepada sesiapa yang mengenali Allahyarham, mohon memaafkan segala salah silap beliau dan terus mendoakannya," tulis Noryn.
Menerusi laporan Gempak pada 14 Oktober 2020, Noryn baru mendirikan rumah tangga bersama usahawan Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada Selasa.
Noryn sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2019.
Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.
BACA : Kembali Menjadi Isteri, Noryn Aziz; "Alhamdulillah"
Kredit Foto : KetSeng Photography & Instagram Noryn Aziz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024