Laman Utama
Baru Umur 13 Tahun, Juara Ceria Megastar Kowachee Beli Kereta Sendiri - "Bukan Nak Membangga Diri..."
Juara Ceria Megastar, Kowachee bersyukur apabila dapat membeli kereta miliknya sendiri hasil wangnya di usia 13 tahun.
Kowachee atau nama sebenarnya Putri Armani akui dia tidak pernah membayangkan dapat memiliki keretanya sendiri di usia yang muda.
“Tak dapat saya bayangkan saya berjaya memilikinya di usia yang muda ini.
“Segalanya bermula sebagai terapi (tarian) dan akhirnya bertukar sebagai minat, bila minat menjadi ketagihan, hasilnya ia menjadi profesion.
“Alhamdulilah, di hari kelima selepas ulang tahun kelahiran saya yang ke 13, saya memiliki sebuah kereta.
“Terima kasih Allah. Terima kasih ibu dan semua yang berada bersama saya sepanjang perjanalan ini.
“Ia hanya sedikit cerita yang hendak dikongsi, bukan cerita untuk membangga diri. Inspirasi diri anda untuk berjaya di usia muda ia satu keberanian,” katanya.
Kowache berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto bergambar di hadapan kereta sejenis Perodua yang dipercayai model Myvi terbaharu.
Dalam kemas kini terbaharu dia turut memuat naik video Reels yang menunjukkan dia menaiki kereta tersebut.
Video itu menimbulkan kebimbangan ramai apabila ada yang menyangka dia telah memandu kereta berkenaan, namun Kowachee dalam satu posting di Insta Story menjelaskan keadaan sebenar.
“Jangan risau guys, I start the car engine, drive by my supermommy,” tulisnya.
Sebelum bergelar penyanyi, Kowachee bermula sebagai Atlet PELAPIS Selangor untuk sukan gimnastik artistik pada usia hanya empat tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga berusia lapan tahun.
Dia kemudiannya secara rasmi memulakan karier sebagai penari, yang membawanya ke banyak acara muzik, lantas menjadikannya wajah yang popular dalam beberapa rancangan TV sebelum dinobatkan sebagai Juara Ceria Megastar dua tahun lalu.
Selain Ceria Megastar Kowachee pernah tampil membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 33 (#AJL33), Bintang Bersama Bintang 2019 dan Gegar Vaganza 2019. Sehingga hari ini, pengikutnya di Instagram sudah pun mencecah hampir 63 ribu pengikut (saat artikel ini ditulis).
Must-Watch Video