gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sign Kontrak Tapi 'Ghosting'? Artis 'Berpengalaman' Buat Hal, Produksi Terkedu!
HIBURAN
Ramai Yang Restu, Luqman Faiz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa dengan Fieya Julia - “Dia Adalah Partner…”
HIBURAN
Kamal Adli Syukur Drama Dia Imamku Beri Impak Besar - “Pergi Kemana Saja Sekarang Ini Semua Orang Panggil Saya Budin”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

“Baucar Petrol, Diesel Program Nak Balik Beraya Ke Pahang Inisiatif Murni” - Jaja Ishak

gempak
Izwan Isa
08/04/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
“Baucar Petrol, Diesel Program Nak Balik Beraya Ke Pahang Inisiatif Murni” - Jaja Ishak
Penerbit Jaja Ishak menyambut baik inisiatif kerajaan Pahang dalam memberikan bantuan kepada anak jati negeri itu untuk pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anak rantau

Jaja berkata, hal tersebut dapat memberi peluang kepada mereka yang merantau untuk mudah pulang ke kampung halaman meraikan hari bahagia bersama keluarga tersayang.
“Sebagai anak Pahang, tentulah saya berasa kagum dan gembira dengan inisiatif kerajaan negeri Pahang ini.
“Pada mulanya, kerajaan negeri beri baucar minyak kepada anak-anak rantau yang berada di luar Pahang untuk sekitar 1,000 orang.
“Tetapi baru-baru ini, MB Pahang telah bersetuju untuk tambah lagi kuota menjadi 5,000 baucar kepada anak-anak Pahang. Bantuan ini dapat memudahkan mereka yang merantau pulang ke kampung meraikan hari mulia bersama keluarga dan juga saudara mara,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, kerajaan negeri Pahang menambah 4,000 baucar petrol dan diesel untuk Program Nak Balik Beraya Ke Pahang pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,000 baucar.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pemberian tambahan itu dilakukan berikutan sambutan memberangsangkan daripada anak Pahang yang merantau untuk pulang ke negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

Topic Berkaitan
#Jaja Ishak
#Anak Pahang
#Program Nak Balik Beraya Ke Pahang
Must-Watch Video