Gaya Hidup
Bawa Baju Tebal, Thailand Bakal Mengalami Musim Sejuk Disember Ini
Negara jiran Thailand akan mengalami penurunan suhu yang dijangka akan berlaku pada bulan Disember hingga Januari depan.
Memetik laporan thaipbsworld, pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Thailand itu melibatkan enam daerah di negara gajah putih itu.
Suhu sejuk yang melanda ini dilaporkan berikutan daripada angin dingin yang melanda kawasan utara Thailand yang menyebabkan hujan pada awal Oktober lalu.
Kawasan yang dijangka akan mengalami suhu paling sejuk adalah Chiang Rai dengan 7 hingga 9 darjah celsius.
Antara daerah lain yang turut mengalami perubahan suhu ini adalah Chiang Mai (12 hingga 14 darjah celsius), Sakhan Nakhon (7 hingga 9 darjah celsius), Kanchanaburi (13 hingga 15 darjah celsius), Chon Buri (16 hingga 18 darjah celsius), Phuket (20 hingga 22 darjah celsius) dan Bangkok (15 hingga 17 darjah celsius).
Namun, cuaca sejuk ini juga akan mengundang hujan seterusnya menyebabkan banjir kilat.
Para pelancong diminta untuk sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini daripada laman sosial Jabatan Meteorologi Thailand.
Sumber: thaipbsworld
Must-Watch Video