Aktres Emma Maembong mencuri perhatian wargamaya apabila berada di Cameron Highlands bersama suami, anak, dan pembantu rumahnya.

Menerusi laman sosial anaknya, Shariq Gabriel, Emma memaklumkan tujuannya ke Cameron Highlands adalah atas urusan kerja iaitu menjalani penggambaran.

“My first time travelling to Cameron Highlands, teman mama shooting. And also cause i need milk,” tulisnya di ruangan kapsyen foto Shariq.

A post shared by ⭐️lima’s little prince ⭐️ (@shariqgabriel)


Lebih istimewa apabila Emma turut membawa pembantu rumah dan anaknya bersama-sama dalam trip kali ini.

Menerusi perkongsian itu lagi, Emma berkongsi foto-foto mereka sekeluarga berada di ladang teh, ladang strawberry, serta Hotel Smokehouse.

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)


Namun di IG milik Emma dan Shariq sendiri, ada segelintir wargamaya yang mempersoalkan bagaimana pemilik nama sebenar Fatimah Rohani ini boleh lepas sehingga ke negeri Pahang bersama keluarganya.

Emma Maembong duduk kat Pahang ke?” tanya seorang wargamaya.

Wah sampai sana dah, lepas,” ujar seorang wargamaya.

Emma Maembong dah pindah Cameron Highlands ke?” soal seorang wargamaya.

Wow dah boleh rentas negeri ke? PM takde update ke? Ke aku sorang yang taktau?” tulis seorang wargamaya.

Oh laki dan anak dia pun shooting jugak ye. Drama apa ek?” kata seorang wargamaya.

Cameron Highlands dekat Selangor ke? Kenapa baru tahu ni,” ujar seorang wargamaya lagi.

Selain Emma, antara pelakon lain yang turut terlibat menjalani penggambaran tersebut adalah Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga bersama Shazli yang merupakan seorang juruterbang, pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel pada 11 November 2020.