Laman Utama

“Bayar Artis Bukan Tiket Untuk Dilenjan”- Sharnaaz Ahmad Mahu Isu Cepat Selesai, Minta Perhatian Perdana Menteri

gempak
Shahrin Zulkifle
17/01/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
“Bayar Artis Bukan Tiket Untuk Dilenjan”- Sharnaaz Ahmad Mahu Isu Cepat Selesai, Minta Perhatian Perdana Menteri

Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi terpanggil untuk mengulas mengenai budaya melenjan pelakon dan kru produksi dengan mempertikai sikap segelintir produser yang disifatkan tamak semata-mata mahu menjimatkan kos.

Kata Sharnaaz, dia merasa marah disebabkan isu tersebut sudahpun lama terjadi, namun tiada perubahan yang dilakukan oleh segelintir pihak produksi.

Malah, aktor tersebut turut menjelaskan bayaran yang diterima oleh pelakon dan kru bukan menjadi tiket untuk mereka dilenjan.

“Saya bekerja dengan kru macam family, awak (produksi) bayar kru dan artis bukan tiket untuk awak lenjan sesuka hati untuk maximize kepada production side.

“Ada yang berbunyi kata gaji kami banyak. Itu bukan soal gaji, kami memang layak dapat gaji setimpal dengan itu. Ini soal industri business.

“Saya marah sebab dah masuk 16 tahun saya dalam industri tiada perubahan. Kalau cakap pasal soal ini sebenarnya memang akan ada ramai yang terasa.

“Saya minta hak sebagai pelakon. Jagalah hak masing-masing, kalau jaga baik-baik tiadalah isu ini,” katanya dalam satu temubual bersama Melodi.

Dalam pada itu, aktor berusia 37 tahun itu turut menjelaskan sekiranya artis dan kru dilenjan ia bakal membuat mereka merasa penat sekaligus menjejaskan kualiti kerja di set penggambaran.

“Saya tahu semua pelakon nak bagi the best, saya bukan nak tunjuk pandai atau cari masalah dengan mana-mana produser sebab kebanyakkan mereka kawan saya.

“Tapi bila di maximize waktu shooting, akan buat pelakon dan kru penat. Bila kami penat, jadi tak boleh nak perform dengan baik.

“Apa yang buat saya sedih adalah, beberapa orang yang produser ialah merupakan pelakon yang mana dia sendiri pernah kena lenjan suatu ketika dulu.

“Kenapa perlu buat pada pelakon baru? Patut hentikan kalau nak industri maju. Kepada semua produser dan pengarah jangan bawa etika kerja yang pernah kita lalui sebelum ini. Stop benda ini sebab industri perlu perubahan,” tambahnya.

Sementara itu, Sharnaaz yang berkongsi semula video temubual berkenaan di laman Instagram miliknya turut memohon perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu berkenaan.

“Tolong perhatikan bahagian ini Datuk Seri Anwar. Kami patut tubuhkan union. Melawan penindasan ini,” tulisnya pada kapsyen

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024