Presiden Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS), Alfie Palermo menyatakan bayaran kepada penulis skrip perlu diberikan meskipun tiada jaminan kelulusan diterima produser.
Ujarnya, PENULIS sememangnya sejak dulu menyarankan agar bayaran diberikan kepada penulis skrip yang bertanggungjawab dalam menyiapkan sinopsis dan 'proposal' kepada syarikat produksi.
"Proses 'development' untuk penyediaan sinopsis dan proposal harus dibayar kerana ianya merupakan kerja serta 'skill-set' yang akan menentukan idea tersebut diterima atau tidak oleh pihak stesen," katanya.
Alfie menyatakan pandangannya itu menerusi statusnya di Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Alfie juga memaklumkan garis panduan mengenai harga dan syarat-syarat lain yang harus ada dalam kontrak antara penulis skrip dan syarikat produksi sudah disediakan PENULIS menerusi Facebook mereka.
Alfie mengulas laporan Astro Gempak berjudul 'Apabila Penulis Skrip Segan, Produser Pun Ambil Kesempatan' yang turut disiarkan menerusi Astro Awani, hari ini.
Dalam artikel itu, seorang penulis skrip yang hanya mahu dikenali sebagai Dollah mendedahkan sikap produser yang tidak membayar penulis skrip untuk 'proposal' yang dihantar masih berlaku sehingga kini.
Malah, apa yang menyedihkan ada produser bertindak sekadar belanja makan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Shutterstock.com