Laman Utama

‘Bayi Ajaib’ Britney Spears Gugur

Amri Hassan
15/05/2022
06:32 MYT
Penyanyi popular Britney Spears mengumumkan bayi yang dikandungnya mengalami keguguran.
Perkara terbabit diumumkan menerusi akaun Instagramnya dan pasangan, Sam Ashari.
“Dengan rasa sedihnya kami umumkan kami telah kehilangan ‘bayi ajaib’ pada awal kehamilan. Ini adalah tempoh sukar bagi mana-mana pasangan.
“Sepatutnya kami perlu menunggu lebih lama sebelum mengumumkan berita terbabit namun kami terlebih teruja untuk berkongsi kepada semua.
“Cinta kami antara satu sama lain menjadi kekuatan buat masa ini. Kami akan terus mencuba untuk menambah ahli keluarga kami,” tulis hantaran itu.
Pasangan itu juga memohon orang ramai dan peminat agar menghormati privasi dan masa sukar mereka ketika ini.
Pada 11 April lalu, Spears, 40, telah mengumumkan dirinya sedang berbadan dua menerusi hantaran di Instagram.
Khabar gembira itu dinanti-nantikan oleh Spears dan Asghari setelah 14 tahun tempoh conservatorship bapanya, Jamie Spears.
Spears dan Asghari telah berpacaran sejak 2016 dan mengumumkan bertunang pada akhir tahun 2021.
Terdahulu, Spears memiliki dua cahaya mata bersama dengan bekas suami, Kevin Federline.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Britney Spears Pakai Aksesori Palsu Kerana Barangan Kemas Kena Curi

gempak
28/05/2024
12:50 MYT
Tanpa angin, tanpa ribut, pesohor sensasi dunia, Britney Spears mendakwa semua barangan kemas miliknya telah dicuri.
Gegar Vaganza All Star

Nyanyi Lagu Sama Dengan Siti Nordiana, Shila Amzah Minta Peminat Jangan Banding-Bandingkan!

gempak
14/11/2023
01:45 MYT
Masing-masing ada cara tersendiri.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Tugasan Konsert Ke-8, Funfair Tok Ram! - "Semua Lagu Terjun Bangunan!"

gempak
08/11/2023
06:55 MYT
Memang luar forte!
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Risau Tentang Sebutan” - Siti Nordiana Nervous Nak Bawa Lagu Britney!

gempak
08/11/2023
04:55 MYT
Nana risau sebutan sebutan english.
Laman Utama

Justin Timberlake Santai Petik Gitar Lepas Britney Gugurkan Anak

gempak
21/10/2023
08:50 MYT
Timberlake hanya memetik gitar saat dia menangis di dalam bilik air selepas mengugurkan anak