gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tarikh Lahir Sama Dengan Anak, Fitri Haris Syukur Isteri Selamat Bersalin - “Alhamdulillah, Bersamaan Hari Wukuf Di Arafah….”
VIRAL
Kak KM Tegur Isu Putus Tunang Sebab Masalah Kewangan - “Kau Kena Ingat Duit Dalam Bank Dia...”
HIBURAN
Bukan Cinta Biasa! Jefri Nichol & Ameera Khan Sanggup “On The Phone” Tanpa Henti Selama 48 Jam Buat Netizen Terkedu - “Tak Rimas Ke..”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Bayi Bermata Hazel Curi Perhatian Warga Maya

gempak
Gempak
28/01/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Bayi Bermata Hazel Curi Perhatian Warga Maya
Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan yang memiliki sepasang mata berwarna hazel berjaya menarik tumpuan ramai setelah video yang dimuat naik ibunya di TikTok menjadi tular.

BERITA BERKAITAN: #GMWA24: Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, Khairul Aming & Syiqin Azrin Calon ‘Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024’

BERITA BERKAITAN: Norman Hakim Syukur, Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan - “Kami Bangga Dengan Awak Baby Sayang”

Ibunya, Nurul Amirah Malik, 33, berkata, dia agak terkejut apabila anak keduanya, Nur Ammara Syaqila Safuan memiliki sepasang mata yang unik memandang dia dan suami tidak mewarisi ciri genetik sebegitu.

“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki pemberian daripada ALLAH kerana dalam keluarga hanya Nur Ammara sahaja yang matanya berbeza kerana mata abangnya sama warna dengan saya dan suami.

“Mungkin ada sedikit genetik yang diambil daripada belah suami kerana mak mertua saya seorang berbangsa Cina,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, akaun TikTok milik Nurul Amirah memaparkan beberapa perkongsian video menjadi tular dan menarik perhatian warga maya yang teruja melihat kecantikan mata anaknya.
Keunikan terserlah melalui warna mata yang jarang ditemui dalam kalangan kanak-kanak Asia itu menambat hati penonton terutama ibu-ibu mengandung.
Ditanya mengenai amalan sepanjang mengandung, suri rumah itu memberitahu, dia banyak mendengar alunan surah Maryam, Yusuf dan Luqman dan menjadikannya rutin harian sebelum tidur.
Tambahnya, selain banyak memohon dia dipermudahkan urusan bersalin, dia tidak mempunyai amalan-amalan lain dan masih makan makanan yang sama seperti ibu mengandung.
Sumber:Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Bayi
#Mata
#hazel
Must-Watch Video