Skip to main content

Trend Pasaran

Bayi Berusia 14 Bulan Ini Diberi Minum Kopi Gara-Gara...

kopi.jpg
Tidak semua hidup dalam keadaan yang serba mewah.
 
Ternyata sebuah keluarga di Kabupaten Polewali Mandar, Sulawesi Barat Indonesia antara yang kurang bernasib baik.
 
Menurut laporan Astro Awani, seorang wanita terpaksa memberi seorang bayi berusia 14 bulan dengan minuman kopi gara-gara tidak mampu membeli susu.
 
Ibu bayi berkenaan, Anita mengakui bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup.
 
Walaubagaimanapun selama lapan bulan diberi minum kopi, bayi tersebut dikatakan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
 
Malah, bayi bernama Hadijah Haura itu sebaliknya akan menangis dan tidak boleh tidur sehinggalah diberi minuman tersebut.
 
Berdasarkan kajian, kopi memang mengandungi khasiat yang membantu mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer, diabetis, kardiovaskula dan parkinson.
 
Namun, pengambilan terlalu banyak juga memberi kesan negatif seperti sakit kepala, gangguan tidur dan masalah pencernaan.
 

Advertisement

Must-Watch Video