Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri tetap masih boleh beroperasi walaupun PKP sudah bermula hari ini.

Walaubagaimanapun, bazar Ramadan boleh beroperasi selama 5 jam sahaja setiap hari, antara jam 3 petang hingga 8 malam.

Manakala bazar Aidilfitri pula perlu beroperasi antara jam 10 pagi hingga 10 malam dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, kebenaran itu dibuat bagi mengimbangi rayuan dikemukakan peniaga kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Peniaga dalam rayuan mereka menjelaskan sudah membeli dan perlu menghabiskan stok masing-masing. Keduanya, tiada kes di tempat itu (bazar Ramadan dan Aidilfitri).

"Dalam keadaan peniaga patuh dan tiada kes berlaku, mereka meminta dipertimbangkan supaya dibenarkan berniaga bagi tempoh berbaki beberapa hari lagi (sebelum sambutan Aidilfitri)," katanya

Sumber: Berita Harian