Laman Utama

Beban Rumah Tangga, Wanita Paling Teruk Terkesan Mental & Fizikal Sewaktu PKP

gempak
Azwa Rahman
11/05/2021
08:52 MYT
Sponsor Banner
Beban Rumah Tangga, Wanita Paling Teruk Terkesan Mental & Fizikal Sewaktu PKP
Kaum wanita didapati paling terkesan dari segi fizikal dan emosi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 dalam tempoh setahun yang lalu.
Kajian ini diperolehi daripada Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).
Menerusi laporan tersebut, keseluruhan responden merasakan beban rumah tangga meningkat semasa PKP kerana lebih banyak orang tinggal di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
"Ini mengakibatkan wanita rasa tertekan dan penat. Beban ini terus dirasai semasa PKP 2.0 apabila banyak ahli keluarga belum dapat memulakan kegiatan ekonomi atau pendidikan di luar rumah.
"Kesan yang dialami oleh golongan wanita lazimnya tidak sama seperti kumpulan lelaki," memetik laporan tersebut.
Selain daripada itu, keluarga yang diketuai wanita misalnya lebih teruk terkesan berbanding sampel keseluruhan.
Mereka pada masa sama menanggung sebahagian besar beban tanggungjawab menjaga keluarga.
Beban dan tanggungjawab itu kemudiannya memberi kesan kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka dan anak-anak.
Projek kajian Keluarga di Pinggiran ditaja oleh UNICEF dan UNFPA itu adalah bagi membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah di bandar di Malaysia.
Projek ini melibatkan kajian ke atas 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live