Laman Utama
Bebas Covid-19, Doktor Benarkan Jumpa Noah Tapi Bunga Citra Lestari…
Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari memaklumkan keputusan calitan Covid-19 terbaharunya menunjukkan tanda negatif selepas lebih 10 hari menjalani kuarantin.
Menurut Bunga, dia sudah dibenarkan oleh doktor untuk berjump dengan anaknya Noah, namun penyanyi itu masih mahu menjaga SOP (prosedur operasi standard) sehingga tamat tempoh 14 hari.
“Hari ini ke rumah sakit (hospital) untuk cek paru-paru dan darah pasca Covid-19. Mudah-mudahan hasilnya bagus.
“Tadi juga sudah membut ujian swab test kedua dan Alhamdulilah negatif.
“Jadi kata doktor saya sudah boleh berjumpa dengan Noah tapi saya rasa saya akan memakai mask dulu…untuk sementara sehingga ke hari 14,” katanya.
Isteri kepada arwah Ashraf Sinclair itu memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG)Story miliknya.
Terdahulu, Bunga dan beberapa rakannya disahkan positif Covid-19 daripada salah seorang rakan mereka dan menjalani kuarantian bersama.
Must-Watch Video