Laman Utama
Bebas Daripada Virus COVID-19, Aeril Zafrel Terus Peluk Keluarga - “Dah la Handsome, Setia Pulak tu”
Aktor Aeril Zafrel meluahkan rasa bersyukurnya apabila telah bebas daripada virus COVID-19 setelah menjalani proses kuarantin kendiri di rumah.
Menerusi laman sosial Instagram, Aeri berkongsi foto pertamanya pulang di pangkuan isteri, pelakon Wawa Zainal dan tiga anak mereka.
“Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin. Akhirnya boleh peluk diorang macam biasa.
“Biarlah gambar diorang tak ready ke apa, yang penting gambar aku on point,” tulis Aeril sebagai kapsyen foto.
Menerusi perkongsian itu lagi, Aeril dan Wawa mengenakan pakaian sedondon hijau gelap di samping tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya, 2 tahun serta seekor kucing peliharaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa gembira mereka apabila pelakon drama bersiri Tercipta Satu Ikatan itu kini telah kembali sihat.
“Alhamdulillah syukur. Dah la handsome, setia pulak tu,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semoga boss dan family sentiasa diindungi,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah lelaki paling setia seasia kembali sembuh,” usik seorang wargamaya.
“Jaga diri dan keluarga ya. Kurangkan lawat orang luar ke apa ke. Scary nowadays, kes pun dah 5k,” pesan seorang wargamaya.
“Steady! King of TikTok dah kembali,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Pada 21 Januari yang lalu, Aeril disahkan positif COVID-19 selepas menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik.
Manakala Wawa dan tiga anak mereka disahkan negatif.
Must-Watch Video