Pelakon Lisa Surihani rasa seperti diekori selepas terserempak dengan lelaki yang sama beberapa kali di tempat yang berbeza.
Lebih menakutkan Lisa menyedari lelaki itu mengekorinya dari rumah ke stesen bas sehingga ke dalam bas yang sama untuk menuju ke kampungnya.
Mendebarkan bukan? Namun jangan salah faham, itu semua lakonannya dalam slot Megadrama berjudul Pelindung Seorang Puteri.
Pelindung Seorang Puteri bakal ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama lakonan Lisa itu turut menampilkan aktor Farid Kamil sebagai teraju utama disamping pelakon hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Pelindung Seorang Puteri bakal menyuntik elemen romantik dan kejutan thriller dalam naratif penceritaan sebagai kelainan.
Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Menariknya drama 16 episod yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim iaitu suami kepada Lisa sendiri.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Syafiqah Jalal
Mon Jul 27 2020

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat
.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.

"Income Dari Mana? Shopping Mengalahkan Anak Tan Sri" - Netizen Tanya Elfira Loy
Biar la duit suami dia