Laman Utama

Beby Tora Beli Kereta Vellfire, Pengikut Tumpang Bangga! - “Lahir Bukan Dari Keluarga Senang..”

gempak
Azwa Rahman
25/04/2022
02:37 MYT
Sponsor Banner
Beby Tora Beli Kereta Vellfire, Pengikut Tumpang Bangga! - “Lahir Bukan Dari Keluarga Senang..”
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Beby Tora melakar sejarah tersendiri apabila berjaya membeli sebuah kereta mewah jenama Toyota Vellfire.
Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi momen gembira tersebut untuk tatapan umum.
Menurut Tora, dia berasa sangat gembira dan sebak pada masa yang sama setelah diberikan rezeki memiliki kereta idamannya.
Achievement unlocked! Allahuakbar, dari orang naik bas ke sana sini, tukar kepada motor, tukar kepada kereta kecik dan sekarang Vellfire. Tq korang yang selalu support. Tq my husband and family.
Happy sangat tau ampa, rasa sebak semua ada. Nak sampai ke sini banyak cabarannya. Lahir bukan dari keluarga yang senang, seronok kalau tokwan masih ada, dapat lihat semua ni.
“Taktau la ampa, segalanya mudah. Allah bagi permudahkan segala benda. Atas berkat doa semua moga kita semua sentiasa humble dan tak lupa hanyalah pinjaman semata,” tulis Tora.
Memiliki Vellfire hitam berkilat, Tora turut berkongsi foto mesra bersama suaminya, Muhammad Hafis Al Hafus Johari atau dikenali sebagai Apit di hadapan kereta mewah tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Tora yang berjaya memiliki kereta mewah pada usia yang muda dengan menggunakan rezekinya membuat reviu makanan serta berniaga sambal jenamanya.
Malah, ramai yang turut berbangga di atas pencapaian tersebut selepas melihat kecekalan Tora berdepan cemuhan sebahagian wargamaya.
“Tahniah beb, bangga betul dengan hang,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah weh, teringin nak naik,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tahniah Tirah. Semoga terus berjaya di masa akan datang.
“Tahniah! Orang cakap apa pun tak patahkan semangat Tirah. Gook luck Tirah,” kata seorang wargamaya.
“Ni la contoh manusia baik yang Allah permudahkan segala urusan,” puji seorang wargamaya.
Congrats kak Tirah. So inspired. Suka tengok perjalanan hidup Tirah yang menjadikan kak Tirah seorang yang kuat. Tahniah you deserved it,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Tora mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Apit pada 11 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live